Menteri Agama jumpa Gabenor Madinah

0
1

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri semalam mengadakan pertemuan dengan Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud selaku Gabenor Madinah atas jemputan Diraja.

Zulkifli berkata dalam pertemuan itu beliau menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih umat Islam di Malaysia atas usaha dan khidmat Khadimul Haramain al-Syarifain dan Kerajaan Arab Saudi kepada dunia Islam dan umat Islam keseluruhannya.

“Dalam masa sama, saya turut berkongsi beberapa noktah penting hasil pertemuan dengan Sheikh Dr Mohammed bin Abdulkarim al-Issa, Setiausaha Agung Rabitah al-‘Alam al-Islami yang bakal membawa manfaat yang besar khususnya kepada umat Islam di Malaysia.

“Yang Mulia Putera Faisal bin Salman bin Abdulaziz Al Saud menzahirkan komitmen penuh Kerajaan Arab Saudi untuk terus memperkukuh hubungan kerjasama dan diplomatik dengan Kerajaan Malaysia.

“Ini khususnya memberi khidmat yang terbaik kepada jemaah haji dan umrah,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Zulkifli kini dalam lawatan kerja ke Arab Saudi menerusi jemputan Liga Muslim Islam. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here