Imej seksi: Setiap individu lalui fasa ujian berlainan – Nonny Nadirah

0
4

Nurul Huda Abhar

SEMPENA kedatangan Ramadan, pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah yang tampil memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan agak melegakan hati peminatnya.

Biarpun tidak memperincikan berkenaan kesalahan tersebut, ia dipercayai berhubung kait dengan beberapa hantaran panas di laman Instagram sejak kebelakangan ini, termasuk tidak lagi mengenakan tudung.

Pelakon kelahiran Sabah itu memohon peminat agar mendoakan yang terbaik untuk dirinya.

“Assalamualaikum. Saya rindu semua. Sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan, saya Nonny Nadirah ingin memohon maaf di atas segala salah dan silap saya yang terang mahupun tersembunyi.

“Doakan yang terbaik buat saya. Lillahi Ta’ala saya sayang semua kerana Allah. Keluarga, sahabat, peminat.. maaf dan terima kasih untuk segalanya,” tulisnya di Insta Story, semalam.

Pada masa sama, Nonny tidak mahu mengulas kontroversi yang tercetus baru-baru ini dan memberitahu menerima semua teguran dengan hati terbuka.

“I reserve all my comment. Hanya Allah saja yang mengetahui segala isi hati. Minta maaf,” ujarnya lagi.

Bekas peserta program Akademi Fantasia itu juga sempat memberi pesanan agar terus menunaikan ibadat dan jangan mencontohi apa yang buruk datang daripadanya.

Menggambarkan kontroversi yang melanda dirinya kini adalah dugaan, pelakon ‘Cekelat Honey’ itu memberitahu setiap insan akan melalui fasa ujian berbeza.

“Jangan tinggalkan yang fardhu, buatlah yang termampu. Mana yang baik ambil kerana semua itu datangnya dari Allah.

“Yang tak baik itu saya. Setiap individu itu melalui fasa ujian yang berlainan. Apapun yang korang cakap saya terima dengan hati yang terbuka.

“Saya sayang anda. Selamat berpuasa semua. Jaga diri,” kata Nonny.

Sejak kebelakangan ini, Nonny tampil memberi kejutan dengan memuat naik hantaran video seksi di Instagram.

Bermula dengan memaparkan imej wanita seksi memakai seluar pendek dan mengenakan stoking jaring, selepas itu memuat naik hantaran foto berendam di dalam mandi sambil berkemban.

Terbaharu, menerusi Insta Story, Nonny sekali lagi muncul sedang memakai seakan pareo dan memegang burung merpati putih sambil tersenyum. – Malaysiapost


Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/03/26/apa-sudah-jadi-nonny/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here