PENDUDUK di sebuah kampung di Gujarat, India gempar apabila seekor anak kambing dilahirkan dengan wajah seperti manusia.
Anak kambing tersebut dilahirkan di sebuah rumah penduduk kampung yang bekerja sebagai petani.
Ia mempunyai empat kaki dan telinga sama seperti kambing normal namun bahagian wajahnya kelihatan seperti manusia di mana ia mempunyai dahi, mata, mulut dan janggut.
Memetik laporan India.com, bagaimanapun haiwan aneh tanpa ekor itu hanya mampu hidup selama 10 minit selepas dilahirkan.
Terdahulu, video dan gambar haiwan aneh itu menjadi tular di internet yang memaparkan penduduk kampung memujanya.
Ia kerana mereka mempercayai haiwan tersebut adalah kelahiran semula nenek moyang mereka.
Menerusi rakaman tersebut, kelihatan anak kambing itu diletakkan di atas sehelai kain dan dikelilingi penduduk kampung yang melakukan pemujaan sebelum menanamnya.
Di India, adalah menjadi kebiasaaan apabila haiwan aneh dipuja kerana mengaitkannya dengan jelmaan dewa. – Malaysiapost

