Pulau Pinang antara 15 pulau terbaik dunia untuk pesara

0
2

PULAU Pinang berada di tangga ketiga selepas Malta dan Mallorca, Sepanyol sebagai 15 pulau terbaik di dunia untuk menikmati usia persaraan bagi tahun 2021.

Berdasarkan laporan terbitan Travel Awaits, selain Malaysia beberapa negara Asia seperti Bali, Indonesia turut tersenarai dengan menduduki tempat kesembilan, Koh Samui, Thailand (ke-10) dan Phu Quoc, Vietnam (ke-15) dalam carta itu.

Turut tersenarai adalah Ambergris Caye, Belize (keempat), Ireland (kelima), Roatan, Honduras (keenam), Isla Mujeres, Mexico (ketujuh), Isla Colon, Panama (kelapan), Las Terrenas, Dominican Republic (ke-11), Crete, Greece (ke-12), Cozumel, Mexico (ke-13) dan Caye Caulker, Belize (ke-14).

Jika anda mahukan sebuah pulau yang lengkap dengan pantai yang cantik, udara laut yang menyegarkan serta gaya hidup santai selepas pesaraan, maka 15 lokasi itu tentunya akan menjadi pilihan tepat mereka.

Selain itu, antara kriteria yang diambil kira dalam menentukan kedudukan senarai ini adalah melihat pada kemampuan seseorang menjalani kehidupan sederhana dengan ‘mesra simpanan’.

Menurut penulis, Kara Williams, Pulau Pinang bukan sahaja dilihat sebagai ‘mesra pelancong’ sebaliknya terkenal dengan kepelbagaian kaum serta penggunaan bahasa Inggeris secara menyeluruh.

Ujarnya, ia menjadikan pulau bekas jajahan Biritsh itu berada di tempat ketiga dalam senarai tersebut.

Bagi pengemar makanan, Pulau Mutiara itu juga dikenali sebagai syurga makanan dengan kepelbagaian menu tepi jalan hingga makanan bertaraf lima bintang yang mampu dinikmati dengan harga mampu milik.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Yeoh Soon Hin dalam kenyataan di Facebooknya memberitahu, pemilihan Pulau Pinang di tempat ketiga dalam senarai itu adalah yang pertama melibatkan negara Asia dalam carta itu. – Malaysiapost

Foto Kredit: Klook


Artikel berkaitan: https://malaysiapost.com.my/2021/04/06/tak-boleh-rentas-negeri-sekinchan-terima-jumlah-pengunjung-luar-biasa/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here