Hamzah nafi terlibat urusan pertukaran pegawai polis

0
2

MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin hari ini menafikan pembabitan beliau dalam urusan pertukaran pegawai kanan polis.

Beliau berkata, sebarang urusan pertukaran pegawai kanan polis adalah keputusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP), lapor Bernama.

“Saya tidak pernah mencampuri urusan polis, saya minta maaflah kalau ada orang yang mengatakan saya mencampurinya.

“Tapi ini jelas, kerana saya adalah pengerusi SPP kalau ada keputusan yang telah dikeluarkan adalah keputusan SPP, tapi itulah kadang-kadang keputusan ini ada khilafnya ada orang yang kadang-kadang menerima sesuatu keputusan itu dengan cara (maksud) lain,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir Program Wacana Meja Bulat bersama Menteri Dalam Negeri di Putrajaya.

Hamzah berkata demikian, ketika diminta mengulas mengenai isu campur tangan beliau dalam pertukaran pegawai kanan polis. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here