Jangan bandingkan bersalin normal, caesar – Nad Zainal

0
2

PELAKON Nad Zainal memohon masyarakat tidak membuat perbandingan mengenai cara bersalin bagi setiap ibu.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Nad berkata nikmat dan sakit bersalin tetap sama walaupun secara normal atau pembedahan caesar.

“Pertama sekali tak kisahlah ibu melahirkan secara normal mahupun pembedahan, kerana semua melalui nikmat dan sakit yang sama.

“Masa berpantang pula, ada beza yang normal boleh tangas yang pembedahan tidak… yang normal hari pertama pantang dan boleh berbengkung, yang pembedahan kalau boleh tunggu luka kering.

“Tapi, kalau bertungku boleh! Cuma bahagian perut tak boleh, tapi selalunya selepas czer (caesar) selalu lenguh pinggang tau mommies,” tulisnya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang bersetuju dengan pendapat diutarakan Nad.

Nad atau nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin, 30, baru sahaja melahirkan anak keduanya, Budi Kalsom pada 30 Mac lalu.

Kelahiran kali ini Nad pertama kali berpengalaman bersalin secara pembedahan.

Pelakon itu mendirikan rumah tangga dengan Muhmmad Faliq Amiruddin pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan cahay mata lelaki, Fahad Ibrahim kini berusia lima tahun. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here