Video tak percaya, takkan audio tular semalam kita percaya?

0
1

EXCO Pemuda Umno, Fairuz Jamaludin berkata ahli dan pemimpin parti itu usah ‘lebih sudu daripada kuah’ menjadi hakim tidak bertauliah sewenang-wenangnya menghukum seseorang sehingga menghuru-harakan Umno.

Kenyataan itu dipercayai berikutan kecoh semalam penularan audio perbualan yang didakwa antara Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sabar, bawa bertenang. Sedangkan video yang nampak real dan tulen pun tak dapat dibuktikan keasliannya, apatah lagi klip suara sebegini.

“Takkan video kita tak percaya, audio sebegini kita percaya? Janganlah pilih bulu.

“Biarlah pihak berkuasa melaksana amanah. Salah atau tidak, biarlah Majlis Kerja Tertinggi (MKT) membuat keputusan. Sebagai ahli parti, kita hanya perlu bertindak secara rasional dan utamakan kemakmuran parti,” katanya menerusi hantaran Facebook, hari ini.

Semalam, tular satu klip audio perbualan berdurasi lebih empat minit didakwa antara Anwar dan Ahmad Zahid sedang berbual berkaitan Persidangan Agung Umno (PAU) 2020 baru-baru ini.

Susulan itu, Ahmad Zahid menafikan wujud perbualan dengan Anwar sebagaimana dalam audio rakaman yang tular di media sosial semalam.

Malah, beliau menegaskan tiada sebarang perbualan antaranya dengan Presiden PKR itu selepas PAU 2020 baru-baru ini. – Malaysiapost

.
Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/03/28/pau-2020-zahid-nafi-guna-kuasa-veto/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here