BN batal mesyuarat malam ini

0
2
prn sabah barisan nasional

MESYUARAT Barisan Nasional (BN) malam ini dibatalkan atas alasan parti komponen tidak terima notis.

Pembatalan mesyuarat Dewan Tertinggi BN itu dibuat selepas parti komponen mendakwa tidak menerima notis tentang pemakluman mesyuarat yang sepatutnya berlangsung malam ini.

Menurut sumber BN, pemberian notis berkenaan mesyuarat itu tidak dinyatakan bila ia dimaklumkan kepada parti komponen BN itu.

Sepatutnya mesyuarat berkenaan dihadiri MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

“Mesyuarat dibatalkan kerana parti komponen BN mendakwa tidak menerima notis tentang pemakluman mesyuarat berkenaan.

“Ia adalah sesuatu yang amat mengejutkan dan tidak masuk akal, kerana BN cukup cekap dalam hal ini,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Terdahulu Astro Awani melaporkan mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dijadualkan berlangsung malam ini dibatalkan tanpa penjelasan.

Menurut laporan berkenaan, pembatalan itu diberitahu melalui pesanan WhatsApp malam ini daripada Bahagian Komunikasi BN.

Bagaimanapun, ia mengatakan tidak ada penjelasan atau alasan yang diberikan untuk pembatalan tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here