Kembar 7G ajak pengikut teka siapa dapat anak kembar dulu

0
1

“LEPAS ni agak-agak siapa yang akan dapat baby twins? Kita tengok jelah,” kata Ieka Tajudin kepada adik kembarnya, Iera Tajudin.

Mereka berdua adalah pasangan kembar selebriti media sosial yang pernah menggempar negara kerana memperolehi keputusan 7G dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pasangan kembar yang dikenali sebagai ‘Kembar 7G’ juga pernah menerima kecaman hebat netizen kerana telah menyalahkan guru susulan keputusan SPM yang diperolehi mereka.

Namun begitu, kedua-dua gadis itu tetap menjalani kehidupan mereka seperti biasa tanpa menghiraukan sebarang komen negatif netizen.

Baru-baru ini, Ieka telah memuat naik satu hantaran di Instagram dengan mengucapkan tahniah kepada kembarnya iaitu Iera kerana sudah selamat bergelar isteri.

Ieka yang lebih dulu berumah tangga telah menaikkan satu hantaran yang telah mencuit hati netizen.

“Harap dapat baby twins, tak sabar nak timang cahaya mata sama-sama,” catat Ieka.

Ternyata hantaran Ieka itu telah menarik perhatian pengikut mereka berdua untuk sama-sama menunggu siapakah antara mereka berdua bakal menimang cahaya mata kembar satu hari nanti.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen juga mendoakan agar mereka berdua dikurniakan cahaya mata kembar.

Malah, ada juga yang meminta agar mereka bergurau dengan membuat bakal anak itu nanti keliru setelah melihat wajah mereka berdua yang seiras. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here