Kluster pendidikan meningkat – Dr Adham

0
3

KLUSTER pendidikan Covid-19 kini semakin membimbangkan apabila berlaku peningkatan jangkitan wabak berkenaan di kalangan warga pendidik, pelajar dan pekerja.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata kluster membabitkan sektor pendidikan menunjukkan peningkatan kes ketika ini dan ia kebanyakannya dikaitkan dengan rakan sekerja dan kontak sosial.

“Apabila terdapat kes positif dilaporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) babitkan sektor pendidikan sama ada dikalangan murid, guru dan pekerja sekolah, pasukan kesihatan akan digerakkan untuk membuat siasatan kes atau kluster itu.

“Pengesanan kes dan kontak akan dilakukan selain menyelia pihak sekolah dalam menjalankan pembersihan dan disentifikasi,” katanya dalam sidang media perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Putrajaya hari ini.

Hadir sama dalam sidang media itu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin.

Menurutnya, dalam menangani kluster berkenaan pihak PKD akan membuat penilaian risiko dan penilaian kesihatan secara menyeluruh bagi memastikan pengurusan kes dan kluster dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.

“Untuk tujuan menjalankan langkah-langkah pencegahan dan kawalan tersebut pegawai kesihatan daerah akan menasihatkan pihak pengurusan sekolah untuk menutup sementara sama ada kelas yang terbabit dengan kes positif atau menutup sekolah bergantung kepada penilaian yang dijalankan.

“Sekiranya langkah-langkah tersebut selesai dijalankan kelas atau sekolah boleh dibuka semula,” katanya.

Beliau juga ingin mengingatkan pentingnya pemantauan berterusan oleh pihak pengurusan sekolah agar memastikan prosedur operasi standard (SOP) dan norma baharu hendaklah diamalkan oleh setiap guru, murid, pekerja di sekolah, pengawal keselamatan dan pekerja kantin sekolah.

“Ini bukan sahaja di sekolah tetapi di luar juga termasuk dalam komuniti

“Ada antara jangkitan di sekolah adalah membabitkan guru di mana mereka mendapat jangkitan dalam komuniti dan bawa ke sekolah, sebab itu kita perlu bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/04/03/jika-ramai-guru-dikuarantin-sekolah-akan-ditutup/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here