Ardell Aryana terima kejutan kereta mewah hadiah ulang tahun

0
1

PELAKON Nadzmi Adhwa menghadiahkan sebuah kereta mewah berjenama Toyota Alphard sempena sambutan ulang tahun kelahiran isterinya, Ardell Aryana.

Menerusi hantaran di laman Instagram (IG)nya, Nadzmi berkata sebelum ini Ardell tidak pernah meminta diberikan hadiah atau apa-apa barangan mewah daripadanya.

“Dia tak pernah sekali pun minta apa-apa daripada saya selama ini. Susah senang saya dia selalu ada.

“Dialah pembakar semangat saya. Awak tak pernah mintak saya apa-apa. Awak hanya suka kedai dua ringgit je. Saya nak kena bagi sesuatu dekat awak. Saya tak tahu awak suka atau tidak.

“Maaf sebab sambut ulang tahun awak awal sebab selalunya mesti kantoi kalau saya buat pada 13 April,” tulisnya.

Rata-rata pengikut IG teruja dengan kejutan yang dilakukan Nadzmi, dan ada juga yang menggelar mereka pasangan ‘sweet’ kerana berusaha untuk membuat kejutan bagi menggembirakan hati pasangan.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Arwa Malaikha Urwa. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/04/04/kamal-rasmi-merisik-uqasha/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here