Hubungan PAS-Bersatu dalam PN, sama seperti prinsip asas MN

0
1

Nurul Huda Abhar

HUBUNGAN PAS dengan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) adalah seperti terzahir dalam Prinsip Asas Muafakat Nasional (MN), kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau turut menyifatkan hubungan PAS dan Bersatu adalah satu kerjasama dalam membina penyatuan ummah.

“Dimulai penyatuan kalangan Melayu-Islam, diikuti Bumiputera dan bukan Islam tidak ekstrem serta seluruh rakyat Malaysia yang cintai perpaduan dan perdamaian,” kata beliau dalam hantaran di laman Facebook, hari ini.

Dalam hantaran sama, beliau turut meletakkan tanda pagar #pasumnotetapbersatu.

Jumaat lalu, PAS secara rasmi akan meneruskan kerjasama dengan kerajaan PN atas dasar penyatuan umat.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS akan bekerjasama dengan semua tetapi mengikut konsep untuk menyatukan umat dan bukan memecah-belahkannya.

Terdahulu, Bersatu dan PAS menegaskan akan terus mengukuhkan kerjasama dalam PN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 ( PRU15).

Pengukuhan kerjasama antara kedua-dua parti itu dinyatakan menerusi kenyataan bersama dikeluarkan oleh Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Setiausahan Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Kata kenyataan itu, Bersatu dan PAS selaku parti pengasas utama PN bakal menubuhkan Jawatankuasa Permesyuaratan di peringkat pusat bagi merangka strategi dan halatuju parti pada PRU-15.

Namun, menerusi Persidangan Agung Umno 27 Mac lalu, parti itu telah mencapai sepakat untuk menarik diri daripada kerjasama dalam kerajaan PN.

Malah, Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan meminta menteri dan timbalan menteri untuk meletak jawatan daripada Kabinet PN.

Bagaimanapun, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kesepakatan telah dicapai bahawa semua menteri Umno akan terus berada di Kabinet.

Perdana Menteri berkata, keputusan tersebut bagi mengambil kira kepentingan rakyat dan negara. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/04/03/pas-tak-pinggirkan-umno-tuan-ibrahim/A

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here