Saifuddin miliki sarjana dalam bidang ‘lompat parti’ – Shahrir

0
3

VETERAN Umno, Tan Sri Shahrir Abdul Samad secara sinis menyifatkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, Datuk Saifuddin Abdullah memiliki Sarjana dalam bidang ‘lompat parti’.

Bekas Pengerusi Felda itu berkata, disebabkan itu Saifuddin mempunyai kepakaran membabitkan hal berkaitan Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan PN.

“Saifuddin memang pakar pasal BN, PH dan PN. Kalau ikut tahap kelulusan akademik, dia dah Sarjana dalam bidang lompat parti.

“Mula-mula Umno-BN, kemudian PKR-PH, seterusnya PPBM-PN. Satu lagi lompat, dah boleh dapat PhD,” sindirnya.

Dalam pada itu, Shahrir berkata, namun Saifuddin silap apabila mendakwa Umno adalah parti dominan dalam BN dan menjelaskan segala keputusan yang dibuat parti itu adalah atas persetujuan bersama.

“Tapi dia silap sikit pasal BN yang dia kata UMNO dominant. Betul Umno pegang jawatan-jawatan penting tapi kesemua keputusan BN adalah atas persetujuan sebulat suara atau secara ‘consensus’ kecuali dua perkara – isu disiplin dan isu undang-undang.

“Jadi kalau dah ijazah Sarjana pun dalam amalan lompat parti, kenalah juga teliti perlembagaan BN sebelum bercakap,” katanya.

Baru-baru ini, Saifuddin berkata, PN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang membangunkan satu gabungan besar parti politik yang menyatukan rakyat dengan adil, saksama, inklusif dan harmoni dalam acuan politik baharu negara.

Katanya, beliau yakin PN telah belajar daripada kelemahan BN dan PH bahawa keputusan gabungan dibuat berasaskan perundingan dan bukan dominasi satu parti.

“Dalam BN, Umno parti dominan. Jawatan utama BN – Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Wanita, Ketua Pemuda, Ketua Penerangan – dipegang Umno. Dalam PN, ia dikongsi sesama parti komponen.

“Dalam PH tiada parti yang dominan, tapi keadaan di mana ia disokong oleh ‘majoriti besar golongan minoriti’ dan ‘hanya minoriti kecil golongan majoriti’ menyebabkan ia tidak bertahan,” katanya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/18/tawaran-lompat-parti-kalau-betul-ada-bukti-lapor-sprm/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here