KERAJAAN hari ini bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Tawau, Sabah bermula esok sehingga 16 April ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia untuk memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar serta mengawal pergerakan penduduk bagi mengekang penularan jangkitan dalam komuniti.
“Sehingga kini, secara kumulatif sebanyak 137 kes aktif dilaporkan yang melibatkan beberapa kluster di daerah itu dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Ismail Sabri berkata keputusan juga dibuat setelah penilaian risiko dibuat bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan juga bersetuju melaksanakan PKP Diperketatkan (PKPD) di Perumahan Kilang Sungai Tenegang, Kinabatangan bermula esok April sehingga 16 April.
“PKPD ini untuk memudahkan KKM melaksanakan pengesanan awal kes-kes disyaki Covid-19 supaya dapat diasingkan secepat mungkin serta mengawal penularan jangkitan dalam komuniti,” katanya.
Sehingga kini, katanya, KKM melaksanakan 290 ujian saringan dan daripada jumlah itu 33 orang didapati positif Covid-19,” katanya. – Malaysiapost

