KKM beri bayangan boleh rentas negeri sambut Aidilfitri

0
2
lebuhraya jam kereta jalanraya highway pkp

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sekali lagi membayangkan kemungkinan umat Islam boleh merentas negeri untuk menyambut Aidilfitri pertengahan Mei ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata bagaimanapun kebenaran khas itu tertakluk jika individu terbabit sudah pun berjaya melengkapkan sebanyak dua dos vaksinasi Covid-19.

“Saya sebenarnya memang sangat bersetuju (kebenaran rentas negeri) tetapi, mereka ini perlu juga terlebih dahulu telah habis lengkap sempurna dua suntikan imunisasi,” katanya.

Mengulas lanjut, Adham berkata, kelonggaran individu bebas merentas negeri sewajarnya diberi sebagai salah satu bentuk insentif untuk menggalakkan masyarakat menerima vaksin.

Katanya, jika dibenarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kemungkinan besar lebih ramai rakyat akan tampil segera mendaftar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Setakat hari ini, lebih tujuh juta penduduk Malaysia sudah daftar diri dan kita pun ada bincang dengan MKN setelah Perdana Menteri bangkit isu boleh rentas negeri bagi Aidilfitri,” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

Dr Adham turut membayangkan, lencana vaksinasi atau pengesahan lengkap dua dos dalam aplikasi MySejahtera akan dijadikan mekanisme untuk tujuan seperti permit merentas negeri.

Namun, katanya, mereka yang telah lengkap dua kali suntikan berkenaan masih lagi perlu mengamalkan norma baharu termasuk prosedur operasi standard (SOP) di tempat awam.

Beliau berkatam pematuhan itu perlu diteruskan sebagai usaha mengekang risiko penularan kerana kementeriannya tidak mahu kes naik semula apabila rentas negeri dibiarkan tidak terkawal.

“Setakat ini, kluster rentas negeri yang baharu belum muncul semula, tetapi sebelum ini negeri yang paling banyak direkodkan sebab rentas negeri ialah Kedah diikuti Perak,” katanya.

Beliau berkata, pada masa ini kebenaran rentas negeri dibenarkan untuk tujuan pelancongan domestik antara negeri terlibat Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sahaja.

Mereka perlu menggunakan agensi pelancongan berdaftar untuk membolehkan kawal selia pergerakan pihak berkuasa selain individu sektor penting yang ada surat kebenaran polis.

Semalam, Perdana Menteri berkata, rakyat yang sudah menerima dua dos vaksin Covid-19 akan dibenarkan merentas negeri, serta dijangka boleh ke luar negara tertentu dengan syarat memiliki sijil pengesahan.

Muhyiddin berkata, kerajaan sudah berbincang dengan beberapa negara bagi membolehkan rakyat negara ini melakukan perjalanan ke negara terbabit.

Beliau berkata, sijil akan diberikan bagi membuktikan individu itu sudah menerima dua dos vaksin Covid-19, sekali gus menjadi ‘pasport’ untuk mereka bergerak.

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/04/01/rakyat-malaysia-terima-dua-dos-vaksin-boleh-rentas-negeri-luar-negara/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here