Tiada kesan bakteria SE di ladang Linggi Agriculture Farm

0
2

JABATAN Perkhidmatan Veterinar (DVS) memaklumkan keputusan ujian yang diambil daripada ladang ayam penelur CEM 014 Linggi Agriculture Farm menunjukkan tiada bakteria Salmonella enteritidis (SE) dikesan.

DVS menerusi kenyataan berkata, keputusan tersebut berdasarkan ujian yang dijalankan ke atas sampel calitan kloaka, calitan najis, sampel telur, makanan dan air minuman yang di ambil daripada ladang itu.

“Pengguna dinasihatkan supaya memastikan telur yang dibeli adalah bersih, tiada pencemaran najis, tidak retak, disimpan di tempat yang sesuai dan dimasak dengan sempurna sebelum di makan.

“Pencemaran SE boleh berlaku di peringkat ladang disebabkan amalan penternakan kurang baik, aspek biosekuriti dan kebersihan ladang atau di sepanjang rantaian pemasaran disebabkan pengendalian telur kurang bersih,” katanya kenyataan itu, hari ini.

Terdahulu, media laporkan bahawa Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan beberapa pengimport untuk menarik balik telur dari Linggi Agriculture di Malaysia (CEM 014) selepas mengesan adanya SE dalam produk terbabit. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here