Impian saya lihat Anwar jadi PM – Afdlin

0
2

PENGARAH dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki memaklumkan keputusan untuk menyertai PKR semata-mata untuk melihat presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, itu antara impian yang ingin dilihat beliau dan sebab utama menyertai parti politik.

“Apa sahaja yang Datuk Seri (Anwar) perlu dari segi media, kami sedia bantu.

“Kenapa saya berada di sini kerana saya percaya dahulu saya nak buat orang gembira, saya nak bantu orang dan akhir sekali saya nak tengok impian saya untuk melihat Anwar menjadi Perdana Menteri kita,” katanya dalam program Temu Anwar di Hotel Flamingo malam semalam.

Afdlin juga diumumkan menyertai PKR bersama-sama komposer dan penyanyi terkenal, Altimet.

Sebelum ini tular laporan dua selebriti tanah air dijangka menceburi politik.

Sementara itu, Altimet atau nama sebenar Syed Ahmad Syed Abdul Rahman berkata, beliau menyertai parti politik kerana PKR adalah sebuah parti yang insklusif untuk rakyat negara ini.

Malah penyanyi itu berkata PKR adalah parti masa depan negara.

“Pendapat saya, saya rasa parti-parti yang mempunyai DNA atau akar umbinya ada sifat-sifat eksklusif mungkin daripada segi kaum atau dari segi usia, saya rasa tempat untuk parti-parti ini atau betapa relavannya parti-parti ini.

“Semakin lama semakin kurang sebab saya tanya anak-anak saya, anak-anak saya kata tak tahu, takda. Benda ini semakin kurang untuk mereka,” katanya lagi.

Anwar menerusi hantaran di laman Facebook semalam mengalu-alukan penyertaan dua seniman tersebut dalam parti berkenaan.

Menurut Anwar, program suai kenal yang diadakan semalam diadakan bagi meraikan kesungguhan dua seniman itu untuk bersama-sama dalam PKR.

“Sesi malam ini adalah sesi suai kenal dan bicara santai bersama dua figura ini, dan juga mengalu-alukan kesungguhan mereka untuk bersama keluarga majmuk Keadilan.

“Saya hargai komitmen mereka untuk menjadikan Keadilan sebagai wahana bagi memperpanjang kerja-kerja kemanusiaan serta kasih dan belas mereka kepada warga tertindas,” katanya dalam hantaran itu, semalam. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here