Gangguan air: tiada kawasan pulih sepenuhnya

0
2

AIR Selangor memaklumkan masih tiada kawasan di Wilayah Petaling, Shah Alam dan Klang pulih sepenuhya, sehingga jam 1 tengah hari tadi.

Bagaimanapun, menurutnya, pengguna telah menerima bekalan air berdasarkan jumlah akaun pada tahap 25.42%, iaitu 12,462 daripada jumlah keseluruhan 49,030 akaun pengguna yang terlibat.

Katanya, tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan.

“Sehubungan itu, Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua saluran komunikasi rasmi,” katanya menerusi  Facebook.

Kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu berdekatan kilang Carlsberg di Persiaran Selangor Seksyen 15, Shah Alam mengakibatkan gangguan bekalan air di tiga kawasan terbabit.

Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 pagi, esok.

Orang ramai boleh merujuk laman web Air Selangor untuk mendapatkan senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual tersebut. –Malaysiapost


Artikel berkaitan
https://malaysiapost.com.my/2021/03/30/air-selangor-kerah-15-lori-tangki-air-ke-kawasan-terjejas/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here