JUMLAH kes harian Covid-19 hari ini, kembali mencatatkan empat angka, iaitu 1,133 kes jangkitan baharu, berbanding 941 kes dicatatkan semalam.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), ia menjadikan keseluruhan kes kini sebanyak 344,018.
Bagi pecahan kes baharu setiap negeri hari ini, Selangor masih mengekalkan kes tertinggi (401), diikuti Pulau Pinang (194), Sarawak (153), Johor (96), Kuala Lumpur (53) dan masing-masing 44 kes di Perak dan Kelantan.
Ia disusuli Kedah dan Sabah mencatatkan 41 kes, Kedah (33), Pahang (16), Melaka (6), Terengganu (2), dan masing-masing satu kes di Labuan, Putrajaya dan Perlis. – Malaysiapost

