Majlis Keselamatan Negara (MKN) masih tidak membenarkan aktiviti merentas negeri di seluruh negara.
Bagaimanapun Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, hanya gelembung perjalanan yang diuruskan sektor pelancongan sahaja dibenarkan merentasi negeri setakat ini.
Sementara itu, Ismail Sabri berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di enam negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak dilanjutkan selama 14 hari lagi.
“Pengekalan status PKPB akan berkuatkuasa bermula 1 April sehingga 14 April kecuali Sarawak yang akan bermula 30 Mac hingga 12 April.
“10 negeri/wilayah pula kekal sebagai PKPP iaitu Perlis, Kedah, Perak, Putrajaya, Melaka, N. Sembilan, Pahang, Terengganu, Sabah, Labuan-Ismail Sabri,” katanya ketika sidang media, hari ini. -Malaysiapost

