UMNO memberi bayangan yang parti itu akan menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) bulan Ogos nanti selepas proklamasi darurat berakhir.
Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, berkata Umno tidak boleh hanya “bersilat pulut”, sebaliknya perlu mengotakan apa yang dilafazkan.
“Paling penting buat apa Umno mesti menang Pilihan Raya Umum (PRU) berupaya tubuh kerajaan menang selesa jangan harap belas ehsan orang.
“Bina kekuatan sendiri berdiri atas kaki sendiri…perkasa parti kuatkan parti untuk hadapi PRU-15.
“Tarik diri bulan lapan (Ogos), jangan main silat pulut tidak sudah. Kita gajah besar parti terbesar masuk hutan satu ranting pun tak patah.
“Kalau nak langgar bulan 8 (Ogos), langgar…Jangan main acah-acah,” katanya pada sesi ucapan penagguhan Perhimpunan Agung Umno 2020, di PWTC, Kuala Lumpur, petang ini.
[ Laporan penuh menyusul ]

