Presiden, MT diberi mandat tentukan tarikh keluar kerajaan PN

0
1

PERHIMPUNAN Agung Umno (PAU) hari ini memberi mandat kepada presiden parti dan Majlis Tertinggi (MT) menentukan bila tarikh untuk mereka menarik diri daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Keputusan itu dicapai dalam perhimpunan yang berlangsung selama dua hari berakhir hari ini.

Sebaik usul itu dibacakan, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta semua perwakilan berdiri untuk menyatakan sokongan.

“Perwakilan beri mandat kepada presiden tarik diri bila-bila masa jika mereka tiada indikasi pilihan raya umum dalam tempoh terdekat.

“Kalau ini terjadi, MT terutama menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen 100 peratus akur keputusan tarik diri daripada kerajaan PN.

“Kalau setuju pengerusi bagi presiden time line (bagi menarik sokongan)…bangun perlihatkan sokongan,” katanya.

Semua perwakilan kemudian bangun sebagai menyokong usul berkenaan, sebelum Ahmad Zahid terus menangguhkan PAU 2020.

Sementara itu pada sidang media, Ahmad Zahid berkata, Umno tidak berada di persimpangan dan keputusan PAU kali ini adalah jelas.

Menurutnya, perwakilan Umno pada mulanya hanya menyokong usul memutuskan hubungan dengan Bersatu dan PN sehingga pembubaran Parlimen, namun begitu bertukar supaya parti itu memberi ‘time line’ untuk menoktahkan hubungan tersebut.

Katanya, PAU juga telah bersetuju untuk memberi mandat kepada Presiden dan MKT untuk menentukan tarikh Umno menarik diri daripada Kerajaan PN.

“Dalam konteks ini keputusan yang dicadangkan tadi dan diterima oleh sebulat suara, perwakilan PAU dan memutuskan untuk memberi kuasa kepada presiden dan MKT bagi menentukan bahawa PRU15 mesti diadakan apabila tamat tempoh darurat iaitu pada 1 Ogos atau tarikh-tarikh sebelumnya jika darurat ditamatkan, ” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here