1,110 bungkusan air ketum dirampas

0
2

POLIS merampas enam tong ais berisi 1,110 bungkusan dipercayai air ketum bernilai kira-kira RM11,100 dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Seksyen 2/15 Kajang Utama, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dalam serbuan pada jam 3.30 petang itu, polis turut menahan dua lelaki warga tempatan sekitar umur 30an dan 50an untuk membantu siasatan.

Menurut beliau, air ketum yang siap diproses itu dipercayai untuk diedarkan kepada pelanggan di sekitar Kajang.

“Kedua-dua suspek serta rampasan dibawa ke Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut. Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Mohd Zaid, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua sekali.

Katanya, serbuan berkenaan adalah kali kedua dilakukan bulan ini. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2020/10/17/ketua-kampung-ditahan-minum-air-ketuk/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here