Umno Johor sedia bertembung Muhyiddin di Pagoh

0
1

UMNO Johor mahu diberi kuasa autonomi untuk merancang strategi berdepan Bersatu di negeri itu, kata Pengerusinya, Datuk Hasni Mohamad.

Justeru, Menteri Besar Johor itu, berkata pihaknya bersedia bertembung dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di kerusi Parlimen Pagoh pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Bagilah kita Johor satu autonomi sama seperti yang dipohon oleh Pahang. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor ialah perdana menteri.

“Dalam kesibukan kesibukannya boleh saja (dia) lantik orang lain jadi pengerusi PN Johor tapi dipengerusi oleh perdana menteri sendiri. Mungkin Johor ini nak jadi lubuk parti Bersatu,” katanya ketika membahas ucapan dasar presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2020 hari ini.

Malah, beliau berkata, perkara itu berhubung hasrat Umno Johor ingin bertanding semua kerusi, 26 kerusi sudah dibentangkan kepada parti.

“Keputusna BN Johor ialah tanding semua kerusi melainkan (Parlimen) Pagoh kerana kita hormati perdana menteri dan maka itu keputusan dibuat

“Tetapi Umno Pagoh kembali bangkit mereka tidak izinkan walaupun perdana menteri nak bertanding tanpa sebarang pertandingan daripada Umno.

“.. dan Umno Pagoh buktikan, ini adalah kali pertama bagi tahu Umno pagoh juga bahawa kajian badan perhubungan Umno, Melayu di Johor yang sokong PN hanyalah 26 peratus,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, ini bererti bahawa kedudukan Perdana Menteri adalah lemah walaupun di kawasannya sendiri.

Sebelum ini, Umno Johor sedia memberi laluan kepada Muhyiddin untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh yang disandangnya dalam PRU15.

Ketua Penerangan Umno Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba dilapor berkata, hasrat tersebut sudah pun disampaikan Umno negeri kepada pucuk pimpinan parti.

Namun, keputusan Umno negeri itu dibangkang oleh pemimpin Umno bahagian Pagoh yang tetap mahu melawan Muhyiddin.

Sementara itu, Perwakilan Negeri Sembilan, Ismail Lasim berharap pintu Umno tidak ditutup serpat-rapatnya meskipun hubungan kerjasama telah diputuskan.

“Walau kita putus hubungan, jangan kita tutup pintu serapat-rapaynya sehingga tidak boleh langsung untuk kita menggerakkan usaha penyatuan seperti ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here