SUKE: Pengalihan struktur kren gantri bermula hari ini

0
1

PROJEK Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd. (SUKE) memulakan fasa pertama kerja pengalihan struktur kren gantri dan pembaikan di tapak insiden hari ini, selepas menerima kelulusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

Prolintas dalam satu kenyataan berkata, kerja berkenaan merangkumi dua fasa iaitu penstabilan struktur rasuk lebuh raya, di mana progres kemajuan pada hari ini adalah 60 peratus.

“Setelah selesai kerja penstabilan struktur, kerja-kerja pengalihan kren gantri akan segera dijalankan.

“Kedua-dua fasa kerja itu dijangka mengambil masa selama dua minggu,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, proses pengalihan dan pembaikan itu rumit berikutan terdapat beberapa aspek seperti proses teknikal, kaedah kerja, cuaca dan keselamatan penduduk sekitar dan pekerja pembinaan serta keadaan sktruktur yang perlu diambil kira.

Katanya, dalam menyelesaikan kerja pengalihan itu, SUKE bekerjasama dengan jurutera perunding profesional, pihak berkuasa seperti Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), JKKP dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).

Pada 22 Mac lalu, komponen besi kren terjatuh di tapak pembinaan SUKE menyebabkan tiga orang terkorban, manakala seorang cedera.

Ini merupakan kejadian kali ketiga berlaku di tapak pembinaan lebuh raya berkenaan. – Malaysiapost

Artikel berkaitan
https://malaysiagazette.com/2021/03/28/kerja-pengalihan-kren-gantri-bermula-suke/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here