Covid-19: Kes di Sarawak makin membimbangkan

0
2

JUMLAH kes baharu Covid-19 di Sarawak hari ini melonjak menjadi kes tertinggi mengikuti negeri iaitu 426 kes berbanding semalam sebanyak 267.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam kenyataan, berkata sebanyak 1,302 kes baharu direkodkan menjadikan keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia adalah 341,944.

Menurut KKM, pecahan kes baharu mengikut negeri adalah Selangor (256), Pulau Pinang (212), Johor (176), Kuala Lumpur (58) dan Sabah (38).

Ia diikuti Kelantan (34), Pahang (32), Kedah (23), Negeri Sembilan (9), Labuan (6), Melaka (5), Putrajaya dan Terengganu (2), manakala Perlis (0). – Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2021/03/23/1384-kes-baharu-6-kematian-hari-ini/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here