Annuar: Saya lebih senior berbanding presiden

0
1

Aiman Hanif

BEKAS Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa mengingatkan yang beliau lebih senior berbanding Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam parti.

Oleh itu kata Ahli Parlimen Ketereh berkenaan, kesetiaannya kepada parti usah diragui walaupun strateginya mungkin berbeza.

“Tanpa takbur riak, saya katakan saya lebih senior daripada presiden. Tahun 1990 saya jadi ahli Majlis Tertinggi (MT), dia belum MT. Saya jadi menteri dia belum menteri. Jadi jangan pertikai kesetiaan saya.

“Strategi saya dengan presiden mungkin berbeza, tapi belum tahu strategi mana lebih ampuh nak menangkan parti,” katanya ketika program Bicara PAU 2020 yang disiarkan di Facebooknya.

Umum mengetahui hubungan Annuar dengan Ahmad Zahid “retak” selepas parti itu memecatnya sebagai Setiausaha Agung BN.

Susulan pemecatannya Annuar mendedahkan bahawa Ahmad Zahid mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Umno menafikan dakwaan berkenaan dan menyifatkan ia sebagai satu tuduhan jahat.

Dalam pada itu, Annuar menegaskan yang beliau tahu tentang kewujudan surat sokongan Presiden Umno dan ia tidak perlu menafikannya.

“Cara Ahmad Zahid sayang Umno, dia sokong Anwar. Saya tahu surat tu bukan palsu.

“Sekarang (Ahmad Zahid) ubah sikit, ‘no PKR, no DAP’ walaupun saya ada maklumat, ada perhitungan melibatkan DAP termasuk di Perak.

“Boleh bersembunyi dengan orang lain. Tapi tak usahlah bersembunyi dengan saya. Berkata benarlah, jangan menafikan ada perjumpaan, berunding dengan DAP, PKR,” katanya lagi.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here