Annuar muncul di PAU, lega Umno jelaskan pendirian.

0
2

Najamuddin Mohd Nor

MESKIPUN teruk dikecam dan ditomah oleh parti sendiri, Tan Sri Annuar Musa tetap berjiwa besar untuk muncul pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) hari ini.

Bekas Setiausaha Agung Umno itu yang dilihat condong kepada Bersatu akhirnya menepis tanggapan itu, sekali gus menunjukkan dirinya tetap teguh bersama Umno.

Ketika ditemui media, Annuar menzahirkan rasa berpuas hati susulan terjawab sudah teka teki pendirian Umno untuk meneruskan hubungan dengan Bersatu.

Katanya, hala tuju hubungan Umno dengan Bersatu, akhirnya telah dijelaskan dan dimuktamadkan oleh Presiden dan berharap ahli Umno dapat menilai keputusan itu.

“Hak Presiden untuk memasukkan dalam ucapan dasar dan terserahlah kepada Umno, terserah kepada perwakilan nak bertanding solo….

“Sekurang-kurangnya Presiden buat penjelasan nak bertanding solo. Sebelum ada ni kita tengok ada nak bekerjasama dengan orang itu, orang ni.

“Sekurang-kurangnya Presiden buat penjelasan pendirian beliau, dan terpulang pada ahli-ahli untuk buat penilaian,” katanya kepada media pada Perhimpunan Agung Umno (PAU), di PWTC, hari ini.

Ahmad Zahid dalam ucapan dasar perasmian PAU dengan tegas menyatakan Umno akan bertanding pasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) atas lamabang Barisan Nasional (BN) dengan menetapkan pendirian ‘No Anwar, No DAP, No Bersatu’.

Bagaimanapun, Annuar berharap para perwakilan dapat memperhalusi keputusan Umno itu melalui sesi perbahasan nanti.

“Saya takda apa banyak nak komen, saya berasakan itu hak presiden untuk memilih jalan cerita ataupun naratif sebagai satu ucapan dasar.

“Dan saya fikir ia adalah memberi peluang pada para perwakilan untuk menilai sebaik-baiknya dan perbahasan pun belum bermula lagi. Cuma kita harap semuanya berjalan dengan baik,” katanya

Sebelum ini, Annuar sering membangkitkan persoalan pendirian Umno mengenai kerjasama dengan Bersatu mahu pun PKR dan DAP.

Malah, Menteri Wilayah Persekutuan itu mendesak Ahmad Zahid segera menyatakan pendirian hala tuju Umno berkaitan perkara itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here