Tak patuh SOP: Polis siasat majlis nikah Neelofa, PU Riz

0
1

POLIS akan memanggil penganjur majlis pernikahan selebriti popular, Neelofa dengan pelakon dan pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz.

Kertas siasatan berhubung majlis tersebut semalam dibuka berkaitan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pencegahan penularan wabak Covid-19.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Ini kerana, katanya siasatan mendapati majlis tersebut gagal mematuhi SOP ditetapkan dan tiada penjarakan fizikal.

“Susulan itu kita akan memanggil penganjur bagi membantu siasatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Neelofa, 32, selamat dinikahkan dengan PU Riz, 26, dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara.

Bagaimanapun tular foto tetamu yang hadir semasa pernikahan tersebut duduk dalam keadaan rapat dan tiada penjarakan sosial. – Malaysiapost

.
Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/27/majlis-nikah-tiada-penjarakan-sosial-boleh-solat-jemaah-di-masjid-bila-netizen/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here