Presiden tidak mengalah dengan usaha, desakan mahu Umno dibubar – Noor Hariri

0
2

Nurul Huda Abhar

TERNYATA jasa besar Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ialah tidak mengalah dengan usaha dan desakan supaya parti itu dibubarkan walaupun mendapat pelbagai tohmahan fitnah dari segenap arah.

Ketua Pemuda Umno Kelantan, Noor Hariri Mohamed Noor berkata, bayangkan bagaimana jerih perih presiden mengemudi parti keramat itu tanpa jawatan dalam kerajaan sementelah dana pula disekat untuk mematikan Umno.

“Usahlah menuding jari sesama kita. Cermin diri kita, apa yang telah kita lakukan untuk Umno sama ada menaikkan imej ataupun mengeruhkan lagi keadaan.

“Janganlah mengadu domba demi mencari peluang untuk naik tangga kepimpinan dengan cara cepat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noor Hariri berkata, untuk itu Umno boleh memilih untuk membuat kerjasama dengan parti politik yang ikhlas dan parti yang sanggup bersama-sama susah senang dengannya.

Ujarnya, apa yang penting, sebutan keikhlasan perlu diterjemahkan dalam bentuk tindakan dan semua peringkat menjaga parti dengan sepenuh hati.

“Umno ini wadah buat orang Melayu Islam untuk kekal bertahan dalam arus kuasa politik negara ini,” ujarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here