Ernie sah suri hidup Syamel dengan sekali lafaz

0
3

PENYANYI duet popular, Syamel dan Ernie Zakri, sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz pada majlis pernikahan di Masjid Puncak Alam, Selangor, jam 10.30 pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan jurunikah dengan berwalikan bapa pengantin perempuan, Zakri Ahmad.

Pada majlis itu, Syamel atau nama sebenarnya Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 28, menyerahkan mas kahwin RM300 dan seutas gelang tangan berlian berserta lima dulang hantaran. 

Pihak Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 29, pula membalas dengan tujuh dulang.

Ernie berkata, majlis diadakan secara tertutup dengan dihadiri 20 ahli keluarga saja bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dengan mematuhi SOP ditetapkan. Terima kasih atas doa semua dan sokongan diberikan kepada saya dan suami. 

“Doakan semoga fasa baharu dalam kehidupan kami ini juga dipermudahkan,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro. 

Syamel dan Ernie mula rapat selepas terbabit dalam program ‘Duo Star’ terbitan Astro pada 2017 dan mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos tahun lalu. 

Pasangan berkenaan dijangka diraikan dalam majlis resepsi pada 3 April ini di sebuah lokasi di Kuala Lumpur. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here