Sah Ernie, Syamel bernikah esok

0
3

PASANGAN duet popular, Syamel dan Ernie, 28, mengambil keberkatan Jumaat esok sebagai tarikh bersejarah disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Majlis akad nikah yang bakal berlangsung di sebuah masjid akan diadakan secara tertutup jam 10 pagi dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat.

“Kami pilih Jumaat untuk mengambil keberkatan. Secara kebetulan, hanya tarikh ini sahaja kami tidak sibuk. Sebelum ini, jadual saya dan Ernie sangat padat.

“Jika berjumpa pun sebelum ini, semuanya disebabkan kerja. Sehubungan itu, kami sepakat tidak mengambil sebarang tawaran demi majlis pernikahan kami.

“Untuk majlis akad nikah, ia akan dilakukan secara tertutup dan hanya keluarga terdekat sahaja diundang memandangkan kami perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Penyanyi lagu Hidup Dalam Mati itu berkata, dia akan menyerahkan lima dulang hantaran kepada bakal isterinya pada majlis pernikahan itu.

“Saya akan beri Ernie lima dulang hantaran berbalas tujuh. Untuk upacara membatalkan air sembahyang, saya hadiahkan seutas gelang tangan, manakala wang hantaran pula kami sepakat untuk merahsiakannya,” ujar penyanyi berusia 27 tahun ini.

Bagi meraikan rakan artis dan media yang banyak menyokong kerjaya seni selama ini, pemenang trofi Artis Baharu Terbaik Anugerah Industri Muzik Ke-22 itu berkata, satu majlis resepsi bertemakan Black Tie akan diadakan pada 3 April ini.

Pada Ogos tahun lalu, pasangan yang pernah dinobatkan sebagai Artis Kolaborasi/Duo/Kumpulan Popular, Anugerah Bintang Popular (ABPBH) ke-31 itu mengikat tali pertunangan selepas berkenalan ketika menyertai program realiti, Duo Star empat tahun lalu. – Malaysiapost

Artikel berkaitan :
https://malaysiapost.com.my/2020/08/16/syamel-ernie-zakri-sah-bertunang/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here