Mohamaddin Ketapi, MP Labuan antara 4 wakil rakyat Warisan ingin keluar parti?

0
2

Aiman Hanif

EMPAT ahli Parlimen Parti Warisan Sabah yang dikaitkan dengan cubaan untuk melompat parti minggu lalu membuat ‘pusingan u’ pada saat-saat akhir.

Pada awalnya empat wakil rakyat berkenaan dijadualkan akan mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) sewaktu lawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.

Menurut sumber, empat ahli Parlimen itu ingin meninggalkan Warisan kerana tidak tahu pendirian parti sama ada menyokong kerajaan ataupun pembangkang.

“Awalnya empat ahli Parlimen berkenaan memang berhasrat untuk meninggalkan Warisan dan menyokongan kerajaan PN.

“Namun, mereka membatalkan hasrat berkenaan selepas mengadakan pertemuan dengan puncuk pimpinan parti.

“Sepatutnya ketika kunjungan Perdana Menteri baru-baru ini mereka menyerahkan sokongan kepada Muhyiddin.

“Empat wakil rakyat ini dikatakan tidak berpuas hati dengan pendirian parti yang tidak dilihat menjadi pembangkang ataupun menyokong kerajaan,” katanya kepada Malaysiapost.

Terbaru bekas Naib Presiden PKR, Xavier Jayakumar mengumumkan keluar parti yang disertainya sejak tahun 1998, berkuat kuasa serta merta 12 Mac lalu.

Ahli Parlimen Kuala Langat itu juga mengumumkan akan menjadi ahli parlimen bebas dan menyokong kerajaan PN.

“Saya akan terus terus berkhidmat di kawasan saya dan menyokong kerajaan sebagai ahli parlimen bebas dan saya akan penuhi janji-janji pilihan raya kepada rakyat di Kuala Langat,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu sumber berkata salah seorang daripada empat ahli Parlimen Warisan yang ingin keluar parti ialah bekas menteri Kabinet era Pakatan Harapan (PH).

“Bekas menteri, Datuk Mohamadin Ketapi dan ahli Parlimen Labuan antara ahli Parlimen Warisan yang berhasrat untuk meninggalkan parti,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here