Pelajar di Kota Bharu diarah pulang kerana gangguan bekalan air

0
1

SEMUA murid di sebuah sekolah di Kota Bharu, Kelantan terpaksa diarahkan pulang ke rumah berikutan gangguan bekalan air yang berlaku di kawasan itu hari ini.

Menurut sumber daripada seorang kakitangan Sekolah Kebangsaan Merbau, arahan tersebut dikeluarkan oleh guru besar.

“Memang guru besar maklumkan, sebab bekalan air langsung tak ada.

“Jadi sukar untuk memenuhi keperluan harian murid-murid,” katanya seperti dilaporkan portal MalaysiaKini.

Terdahulu, tular sekeping gambar memaklumkan murid berkenaan diarah pulang walaupun sudah tiba di sekolah kerana ketiadaan bekalan air di sekolah berkenaan di kongsi netizen di media sosial.

Sementara itu Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) dalam satu notis memaklumkan berlakunya gangguan bekalan air di beberapa kawasan sekitar Kota Bharu.

Notis yang dimuat naik di Facebook semalam memaklumkan gangguan bekalan air berlaku di jajahan Kota Bharu Utara susulan kerja-kerja pengaktifan paip utama yang baru melibatkan sumber dari Loji Rawatan Air Kampung Puteh ke Tangki Merbau.

Jelas AKSB, gangguan bermula dari 21 hingga 31 Mac ini dengan anggaran lebih 6,500 akaun pelanggan terjejas. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here