Saksi dengar bunyi helikopter seperti ada masalah

0
2

“SAYA dengar bunyi helikopter seperti ada masalah..sekejap hidup sekejap mati. Tapi tak pasti sama ada ia helikopter sama yang terhempas pagi ini,” kata R Ramu, 74, pekerja di sebuah lapang sasar menembak yang terletak berhampiran lokasi sebuah helikopter terhempas berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pagi tadi.

Menurutnya, dia sering melihat dan mendengar helikopter di kawasan itu berlepas atau mendarat, namun hari ini menyedari bunyi pelik daripada sebuah helikopter ketika berlepas.

“Tak sangka ada kejadian helikopter terhempas dan hanya mengetahuinya bila melalui kawasan lokasi kejadian.

“Namun saya tidak pasti sama ada ia helikopter sama yang saya dengar alami bunyi pelik pagi tadi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Terdahulu Malaysiapost melaporkan sebuah helikopter terhempas, mengakibatkan dua cedera manakala tiga lagi terselamat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM), Norazam Khamis, berkata sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 9.26 pagi.

Norazam berkata, pemeriksaan awal mendapati seorang lelaki mengalami patah kaki kanan dan cedera di kepala dan seorang mengalami kecederaan ringan di kaki.

Bagaimanapun katanya, tiga lagi mangsa tidak mengalami kecederaan. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/24/helikopter-terhempas-2-cedera-2/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here