Helikopter terhempas dalam perjalanan dari Sungai Lembing – MOT

0
1

HELIKOPTER yang terhempas di kawasan berhampiran Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSASS), Subang pagi tadi dilaporkan berlepas dari Sungai Lembing, Pahang.

Kementerian Pengangkutan Malaysia dalam satu kenyataan berhubung insiden itu memaklumkan, pesawat terbabit dikendalikan Leopard Aviation Sdn Bhd dan berlepas pada jam 8.30 pagi.

“Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan satu kemalangan membabitkan Airbus Helicopter AS350 B3 di LTSASS jam 9.25 pagi tadi.

“Helikopter itu berlepas dari Sungai Lembing, Pahang pada 8.30 pagi untuk penerbangan persendirian ke Subang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, pesawat itu melalui Maran, Termeloh, Karak dan Batu Caves dengan seorang juruterbang dan empat penumpang.

“Dua mangsa mengalami kecederaan dan sedang menerima bantuan perubatan, sementara tiga lagi mangsa berada dalam keadaan stabil.

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia,” katanya.

Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Bahagian XXVl Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Terdahulu Malaysiapost melaporkan sebuah helikopter terhempas, mengakibatkan dua cedera manakala tiga lagi terselamat.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor (JBPM), Norazam Khamis, berkata sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Anggerik dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 9.26 pagi.

Norazam berkata, pemeriksaan awal mendapati seorang lelaki mengalami patah kaki kanan dan cedera di kepala dan seorang mengalami kecederaan ringan di kaki.

Bagaimanapun katanya, tiga lagi mangsa tidak mengalami kecederaan. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/24/saksi-dengar-bunyi-helikopter-seperti-ada-masalah/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here