Nurul Huda Abhar
KERAJAAN hari ini bersetuju menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Sewa Beverly Hills di Bintulu, Sarawak yang dijadualkan tamat pada 25 Mac ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga kini Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan 1,407 ujian saringan dan daripada jumlah itu secara kumulatif 85 kes positif Covid-19 telah direkodkan.
“KKM mengesahkan baki kes positif di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan, kluster adalah terkawal serta kes terakhir yang dilaporkan pada 18 Mac 2021.
“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM.
“…kerajaan bersetuju menamatkan PKPD di Rumah Sewa Anong & Rumah Sewa Beverly Hills, Bintulu, Sarawak pada 23 Mac 2021 lebih awal daripada tarikh dijadualkan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini. – Malaysiapost

