1,384 kes baharu, 6 kematian hari ini

0
2

KES harian Covid-19 di Malaysia terus stabil di bawah angka 2,000 apabila 1,384 kes jangkitan baharu direkodkan hari ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan berkata jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 yang dicatatkan kini adalah 335,540 kes.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 1,375 adalah jangkitan tempatan manakala sembilan lagi kes import.

Menerusi jumlah kes tempatan direkodkan, 870 adalah warganegara manakala 505 lagi bukan warganegara.

Menurut KKM, Selangor masih mencatatkan jangkitan tertinggi mengikut negeri iaitu (625), diikuti Johor (161), Sarawak (140) dan Pulau Pinang (100).

Kuala Lumpur (64), Kelantan (65), Pahang (38), Negeri Sembilan (10), Perak (4), Sabah (60), Kedah (51), Melaka (45), Labuan (14), Terengganu (7), Putrajaya dan Perlis masing-masing (0).

Dalam masa sama, terdapat enam pertambahan kes kematian akibat Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sebanyak 1,244.

Kes yang masih menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebanyak (148) dan pesakit yang memerlukan bantuan alat pernafasan (62) kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here