‘Shahrir tak tahu siapa sebenarnya minta jawatan TPM’ – Annuar

0
2

BEKAS Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa mendakwa Veteran Umno, Tan Sri Shahrir Abdul Samad mungkin tidak tahu siapa individu sebenar yang meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada dakwaan Shahrir semalam, menyatakan perkara berhubung tuntutan jawatan TPM itu sebenarnya dibangkitkan oleh Umno Ketereh.

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, beliau membaca hantaran Shahrir berhubung isu itu dan menyifatkannya sebagai tindakan ‘pijak ekor’.

“Saya baca posting Tok [email protected] juga kerana orang ternama seperti beliau membuat komentar khusus hal keputusan Umno Ketereh.

“Elok awalan komentarnya,namun di para akhir baru terpancar nawaitu komentarnya..di Kelantan kita sebut ‘pijak ekor’,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Annuar berkata, hakikatnya beliau sering bertindak mendiamkan diri dengan setiap hantaran Shahrir yang disifatkan ‘memijak ekor’ itu.

“Sebenar sudah acap kali dia memijak ekor. Saya diam saja. Kali ini saya ‘pm tepi’. Mungkin beliau tidak tahu siapa yang meminta jawatan TPM,” katanya.

Semalam, Shahrir menerusi hantaran di Facebooknya beranggapan tanda tanya mengenai isu yang mendakwa Umno inginkan jawatan TPM kini terjawab dengan pendedahan dibuat Umno Ketereh.

Beliau secara sinis menyatakan perkara itu sebenarnya dibangkitkan oleh Umno Ketereh yang diketuai Annuar.

“Sekarang baru saya tahu punca cerita Umno nak sangat jawatan TPM. Ia suara akar umbi Ketereh rupanya,” katanya.

Beliau berkata, empat cadangan yang dibuat Umno Ketereh itu adalah perancangan Annuar bersama timbalannya Datuk Md Alwi Che Ahmad yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.

Artikel berkaitan:

https://malaysiapost.com.my/2021/03/21/terjawab-siapa-yang-bangkitkan-isu-jawatan-tpm-shahrir/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here