Jenayah terancang: Polis Johor cari ‘Datuk Seri’

0
2

POLIS Johor sedang mengesan seorang lelaki bergelar ‘Datuk Seri’ bagi membantu siasatan berkaitan kes jenayah komersial dan pengubahan wang haram.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata lelaki dikenali sebagai Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee itu beralamat di Trigon Residence, Puchong, Selangor.

Beliau berkata, ‘Datuk Seri’ berusia 33 tahun itu dipercayai masih berada di Johor.

“Lelaki ini yang merupakan pengasas Winner Dynasty Group dikehendaki untuk siasatan mengikut Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang,” katanya dalam sidang media di Johor Bahru hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu itu diminta menghubungi ASP V. Prakash menerusi talian 012-5209767 atau balai polis berhampiran. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here