Jangkitan harian Covid-19 kembali meningkat

0
2

KADAR kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt sejak empat hari lalu menunjukkan trend peningkatan  dengan terbaru 0.94 setakat semalam. 

Data dan infografik dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook hari ini menunjukkan kadar Rt seluruh negara meningkat daripada 0.87 Khamis lalu, kepada 9.0 kelmarin dan 9.4 semalam. 

Kadar itu menunjukkan kes jangkitan baharu harian Covid-19 meningkat iaitu Selasa (1,063), Rabu (1,219), Khamis (1,213), Jumaat (1,576) dan Sabtu (1,671).

Pecahan Ro/Rt mengikut negeri pula menunjukkan Labuan tertinggi 1.16 diikuti Kedah (1.14), Pulau Pinang (1.12), Melaka (1.07), Terengganu (1.07), Sarawak (1.01) dan Kelantan (0.97).

Putrajaya dan Perlis pula (0) kerana tiada kes baharu.

Dalam hantaran lain, Dr Noor Hisham turut berkongsi satu lagi data dan infografik yang mengunjurkan jumlah kes baru Covid-19 berisiko mencecah 3,000 kes sehari pada hujung Mei jika kadar Rt negara terus meningkat hingga 1.2.

“Kita masih belum keluar daripada wabak ini dan tolong patuhi semua langkah yang disarankan (elakkan 3C, amalkan 3W) serta berdaftarlah untuk menerima vaksin.

“Ketika ini, apa yang pasti adalah ketidaktentuan, dan apa yang boleh dijangka adalah perkara yang sukar diramalkan,” katany. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here