Malaysia akan terima akibat – Konsulat Korea Utara

0
1

KESEMUA pegawai dan kakitangan Kedutaan Korea Utara termasuk ahli keluarga mereka selesai mengosongkan bangunan kedutaan itu Jalan Batai, Damansara pagi tadi.

Mereka dilihat keluar dari pekarangan bangunan itu dengan menaiki sebuah bas, pada jam 10.55 pagi, manakala Konsulat Kedutaan Korea Utara, Kim Yu Song dilihat menaiki sebuah kenderaan berwarna putih.

Dalam kenyataannya kepada media sebelum bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Yu Song berkata, Malaysia akan menerima akibat daripada tindakan yang dilakukannya.

“Kejadian ini adalah hasil nyata dari konspirasi anti Korea Utara yang dibuat daripada dasar keji oleh Amerika Syarikat,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian. 

Beliau berkata, insiden itu telah menjejaskan kedaulatan negaranya.

Korea Utara dalam satu kenyataan kelmarin, memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia kerana menganggap negara ini melakukan ‘jenayah tidak boleh dimaafkan’ kerana menghantar rakyatnya yang tidak bersalah ke Amerika Syarikat secara paksaan.

Bertindak balas dengan perkara itu Malaysia mengarahkan semua kakitangan diplomatik Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur dan ahli keluarga meninggalkan negara ini dalam tempoh 48 jam bermula Jumaat lalu. – Malaysiapost


Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/03/19/korea-utara-putuskan-hubungan-diplomatik-tidak-rugikan-malaysia/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here