28 tahun hidup sebagai wanita, kini dibenar jadi lelaki

0
2

SELEPAS 28 tahun hidup sebagai wanita, seorang tentera kini dibenarkan menukar jantina kepada lelaki dalam pendaftaran rasminya susulan keadaan kongenital dialaminya (keadaan atau penyakit semasa kelahiran) yang jarang berlaku. 

Mahkamah Daerah Tondano di wilayah Sulawesi Utara, Indonesia semalam membenarkan permohonan dibuat Sarjan Kedua Aprilia Santini Manganang.  

Kebenaran turut diberikan untuk dia menukar namanya kepada Aprilio Perkasa Manganang. 

Keputusan itu diputuskan oleh hakim Nova Loura Sasube. 

“Mahkamah memutuskan bahawa pemohon Aprilia Santini Manganang telah menukar jantina daripada wanita kepada lelaki,” kata Nova dalam perbicaraan secara maya seperti dilaporkan Agensi.  

Perbicaraan turut dihadiri Ketua Staf Angkatan Darat, Jeneral Andika Perkasa dari ibu pejabat tentera di Jakarta. 

Aprilio yang juga bekas pemain pasukan bola tampar wanita Indonesia, telah menjalani pembedahan hypospadias untuk membetulkan kecacatan di bahagian luaran kemaluan lelaki. 

Hakim memutuskan bahawa Aprilio kini memegang hak dan tanggungjawab sebagai seorang lelaki. 

Sementara itu, Aprilio, menzahirkan ucapan terima kasih di atas keputusan mahkamah itu. 

“Saya harap ini akan menjadi permulaan yang baik untuk masa depan dan permulaan yang baharu,” katanya. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here