Pegawai awam minta habuan seks ditahan SPRM

0
1

PEGAWAI sebuah jabatan kerajaan di Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam selepas dipercayai meminta rasuah berbentuk perkhidmatan seks daripada seorang wanita. 

Lelaki berusia 51 yang berkhidmat  di daerah Keningau itu ditahan SPRM Sabah jam 3.30 petang di sebuah hotel di daerah berkenaan. 

Berita Harian yang memetik sumber melaporkan perkhidmatan seks berkenaan sebagai suapan bagi suspek memberikan sokongan kepada wanita terbabit mendapatkan pinjaman bagi bidang pertanian. 

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy, ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan. 

Menurutnya, suspek ditahan 24 jam untuk diambil keterangan sebelum dilepaskan dengan jaminan SPRM berjumlah RM10,000 tanpa deposit dengan seorang penjamin. 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. 

Beliau menjelaskan tafsiran suapan mengikut Seksyen 3 Akta SPRM 2009 meliputi pelbagai perkara termasuk pinjaman, jawatan serta perkhidmatan termasuk perkhidmatan seks. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here