JUMLAH rakyat Malaysia yang mendaftar sebagai penerima vaksin Covid-19 melalui aplikasi MySejahtera semakin meningkat iaitu 6,020,358 individu setakat semalam.
Daripada jumlah itu seramai 399,525 individu sudah menerima vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) fasa pertama.
Data dan infografik daripada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang dikongsi di Facebook hari ini menunjukkan Selangor mencatatkan pemberian vaksin tertinggi iaitu 52,412 individu.
Ini diikuti Perak (47,056), Sabah (39,331), Kuala Lumpur (35,751), Sarawak (32,907) dan Johor (28,510).
Di Pahang pula, seramai 28,977 individu sudah menerima vaksin, selain Kedah (26,259), Pulau Pinang (24,996), Kelantan (18,617) dan Negeri Sembilan (17,279).
Terengganu merekodkan 15,726 individu sudah divaksin, diikuti Melaka (10,716), Perlis (9,526), Putrajaya (4,601) dan Labuan (2,342).
Sementara itu, pendaftaran di MySejahtera sudah mencapai 24.8 peratus setakat jam 11.59 malam tadi dengan Selangor merekodkan pendaftaran tertinggi 1,735,694 diikuti Johor (766,946), Kuala Lumpur (536,591), Sarawak (470,832) dan Pulau Pinang (434,706).
Di Perak seramai 419,451 mendaftar, Kedah (306,406), Sabah (271,049), Negeri Sembilan (245,149) dan Pahang (233,373).
Melaka mencatatkan seramai 189,708 pendaftaran, Kelantan (159,780), Terengganu (150,392), Putrajaya (41,989) dan Labuan (20,311).
PICK fasa pertama menyasarkan seramai kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan divaksin bermula hujung Februari lalu hinga April ini
Fasa kedua program berkenaan dijadualkan bermula April hingga Ogos depan, untuk 9.4 juta golongan warga dan golongan berisiko tinggi.
Bagi fasa ketiga, yang akan bermula pada Mei hingga Februari tahun depan kira-kira 13.7 juta lagi individu berusia 18 tahun ke atas, sama ada rakyat tempatan atau warga asing akan divaksin. – Malaysiapost

