Kes Covid-19 catat sedikit peningkatan

0
1
grafik

SEBANYAK 1,671 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di Malaysia hari ini, meningkat sedikit berbanding 1,576 kes semalam. 

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini juga terus meningkat kepada 331,713. 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Selangor mencatat kes tertinggi iaitu 652 kes diikuti Pulau Pinang (328), Johor (130), Sarawak (154) dan Sabah (102). 

“Negeri-negeri yang mencatatkan kes di bawah 100 ialah Kuala Lumpur (78), Kelantan (63), Kedah (46), Perak (37), Terengganu (18), Melaka (18), masing-masing tiga kes di Pahang dan Labuan  serta tiada kes di Putrajaya dan Perlis,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here