Kompaun RM10,000: Wanita Umno sedia khidmat guaman percuma

0
2

WANITA Umno menyediakan khidmat guaman percuma kepada individu yang dikompaun RM10,000 disebabkan kesalahan-kesalahan kecil berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di bawah Ordinan Darurat Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan) 2021.

Ketuanya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata Wanita Umno melalui Sekretariat Perundangan dan Advokasi menyediakan khidmat guaman untuk menjadi orang tengah bagi berunding supaya kadar kompaun dapat diturunkan ke tahap munasabah berdasarkan kepada kesalahan.

“Oleh itu, mereka yang memerlukan bantuan ini boleh terus saja ke pejabat Wanita Umno Malaysia di tingkat 37 Manara Dato Onn.

“Dalam pada itu, Wanita Umno tetap berharap agar rakyat sentiasa mematuhi norma baharu kehidupan dengan mematuhi segala prosedur dan SOP ditetapkan kerajaan,” katanya menerusi kenyataan.

Noraini berkata sejak kerajaan melaksanakan denda RM10,000 tersebut, ramai rakyat yang mula bersuara dan melahirkan rasa tidak puas hati.

Katanya, tidak salah untuk kerajaan bertegas bagi memastikan rakyat mematuhi SOP untuk membendung penularan Covid-19, namun kadar denda yang tinggi sudah pasti akan membebankan rakyat yang ketika ini berdepan kesukaran.

“Sebenarnya, kadar denda tersebut boleh dirayu. Menyedari ramai yang masih tidak memahami saluran membuat rayuan, Wanita Umno menyediakan khidmat guaman percuma,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here