Jangkitan Covid-19 kekal rendah 4 hari berturut-turut

0
2
grafik

KADAR kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian kekal 0.87 untuk empat hari berturut-turut.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu hantaran di Facebook, memaklumkan pecahan Ro/Rt mengikut negeri menunjukkan Terengganu paling tinggi dengan 1.16 diikuti P. Pinang 1.08.

“Putrajaya dan Perlis (0) kerana tiada kes baharu.

“Kes boleh kembali meningkat jika prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi,” menurut KKM. 

Semalam Malaysia merekodkan jumlah kes harian baru Covid-19 terendah tahun ini iaitu 1,063 dengan jumlah kes aktif adalah 15,204 kes. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here