Tiada pengumuman besar pada sidang media Anwar petang ini

0
2
anwar ibrahim

Aiman Hanif

SIDANG media Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini dijangka akan menyentuh soal penjajaran baru politik negara.

Menurut sumber parti itu, tiada pengumuman besar akan dibuat Ketua Pembangkang itu petang ini seperti sidang media tergemparnya sebelum ini.

Sidang media Anwar petang ini bertujuan untuk menunjukkan yang PKR masih utuh meskipun ramai pemimpin bertindak meninggalkan parti.

“Tiada pengumuman besar, sidang media petang ini lebih kepada untuk menunjukkan parti itu masih kuat.

“Mungkin akan sentuh sikit soal siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melibatkan pemimpin pembangkang,” katanya kepada Malaysiapost.

Petang nanti Anwar dijangka akan mengadakan sidang media di sebuah hotel di ibu negara.

Sidang media itu hadir selepas beliau mengakui wujud perbincangan mengenai kerjasama antara parti itu dengan Umno.

Sebelum ini, bekas Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan bahawa Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ingin membawa parti itu bekerjasama dengan PKR.

Sementara itu, sumber memaklumkan bahawa isu penjajaran semula politik dijangka akan dibangkitkan dalam sidang media Anwar hari ini.

“Sudah pasti soal penjajaran baharu politik negara akan disentuh khususnya membabitkan soal kerjasama PKR dan Umno,” kata sumber lagi.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here