Azmin watak sebenar rosakkan PKR 

0
2

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali disifatkan sebagai ‘ahli politik paling jahat abad ini’, menurut Timbalan Ketua Pemuda PKR, Syed Badli Shah Syed Osman.

Syed Badli berkata bekas Timbalan Presiden PKR itu bukan sahaja mempunyai tingkah laku tidak bermoral, malah telah lama merancang agenda ‘lompat parti’ melibatkan Ahli Parlimen PKR.

“Beliau adalah watak sebenar yang merosakkan PKR dengan mempamerkan perilaku tidak bermoral. Malah rancangan untuk merosakkan PKR telah disusun rapi oleh sejak sekian lama.

“Beliau turut menyusun sayap pemuda dan wanita dengan meletakkan mereka yang tiada kreadibiliti sebagai calon pilihan parti sehingga timbul perbalahan dalaman yang meruncing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Syed Badli menjelaskan, Azmin juga mendesak presiden parti ketika itu untuk memilih orang-orang tertentu sebagai calon pilihan raya yang lalu.

“Akhirnya mereka yang dipilih khianat dan lompat parti,” tambahnya lagi.

Syed Badli berkata demikian sebagai membalas kenyataan bersama Mohamed Azmin dan rakan-rakannya yang telah berpaling tadah.

Mereka termasuk Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin; Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Batu Pahat, Rashid Hasnon; Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Kamaruddin Jaffar; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Mansor Othman; Ahli Parlimen Segamat, Santhara Kumar; Ahli Parlimen Saratok Ali Biju; Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin, dan Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin.

Semalam Mohamed Azmin dan rakan-rakannya membuat kenyataan dengan mendakwa ramai ahli PKR menolak Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana telah kehilangan perjuangan dan idealisme.

Mengulas lanjut, Syed Badli berkata usaha untuk memperbaiki imej parti kian berhasil apabila ramai watak-watak antagonis sekutu Mohamed Azmin memilih untuk keluar PKR.

“Justeru itu saya sifatkan Azmin sebagai watak politikus terjahat di abad ini dan saya menyeru beliau untuk insaf dan bertaubat,” katanya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here